Monday, February 19, 2018

Before u Quit ur Job by Robert T.Kyosaki

Buku berikutnya yang saya baca n sempat untuk menulis adalah Before u Quit ur Job. Buku ini adalah sambungan / perkaitan dari rich dad & poor dad.

Buku ini menceritakan bagaimana hendak menjadi usahawan. Usahawan bermaksud adalah kemampuan bertahan secara cerdas dan tetap waras tanpa wang. Usahawan perlu tahu cara membelanjakan wang, bahkan ketika mereka tiada wang sekalipun.Usahawan dan pekerja adalah berbeza. Ini kerana Usahawan adalah mencari kebebasan, manakala pekerja adalah mencari keamanan. Rich dad ada memesan jika inginkan kebebaasn kamu perlu melepaskan keamanan. Semakin besar keamanan yang kita cari semakin sedikit kebebasan yang kita perolehi. Orang yang paling aman ialah berada dipenjara. Semua orang boelh menjadi usahawan jika dari awal berhasrat untuk mendapatkan kebebasan dari keamanan,

Perumpaan dari pekerja untuk menjadi usahawan ialah dari kepompong hingga muncul satu hari kupu-kupu yang mana perubahan ini dinamakan metamorforsis iaitu perubahan besar dalam sifat. Buku ini adalah menceritakan perubahan besar dari seorang pekerja kepada seorang usahawan.

Ramai orang tidak berjaya menjadi usahawan kerana mereka takut gagal. Buku ini menceritakan kegagalan yang pernah dihadapi supaya menjadi panduan untuk pembaca lebih berjaya dimasa hadapan.

Alasan yang selalu digunakan oleh orang yang ingin menjadi usahawan tapi takut berhenti kerja
1. "saya tidak punya wang'
2.  "saya tidak boleh berhenti kerana ada anak-anak yng perlu ditanggung.
3. "saya tidak punya keanla satu pun
4. " Saya tidak cukup bijak"
5. "Saya tidak punya waktu. Saya terlalu sibuk"
6. " Saya tidak mempunyai kawan yang boelh membantu saya"
7. "waktu yg diperlukan untuk membangunkan biz adalah terlalu lama.
8. " Saya takut. Memabngunkan biz ada byk risiko"
9. " Saya tidak suka menguruskan pekerja"
10. " saya terlalu tua"

Ciri-ciri usahawan ialah
1. mencari peluang tanpa memikirkan mereka punyai sumber daya / tidak
2. Menjaga organisasinya walaupun kecil tetap efisien, bekerjasama dengan strategis bagi memajukan biz. seorang usahawan akan menggunakan tenaga luar alih-alaih membawa pekerjaan untuk dikerjakan orang dalam.
3. Usahawan tidak didorong oleh gaji tapi hasil kerja berpasukan. Kebayyakkan usahawan memulakan biz kerana mereka miliki nilai2 yg sangat kuat yang menjadi jauh lebih penting dari wang.

Ada 3 jenis wang
1. wang kompetitif - yang dokejar oleh kebanyakkan orang
2. wang kooperatif - jejaring alih-alih bersaing
3. Wang spiritual -

Sumber daya
Usahawan belajar menggunakan sumber daya orang lain denagn baik. Dimana usahawan tidak perlu mengawasi pekerjanya, usahawan perlu tahu cara mengelola usahawan lain, uasahawan mengelola orang yang tidak perlu diberitahu apa harus dilakukan atau mereka dipecat (pekerja perlu berfikir apa yang mereka perlu buat bagi emmajukan biz).

3 bahagian biz
1. adalah menemukan orang yang tepat
2. menemukan peluang yang tepat
3. menemukan wang
Ketiga-tiga bahagian ini jarang sekali muncul bersama. Usahawan tidak perlu mengengan 3 bahagian ini sekaligus untuk memulakan biz, tetapi setelah emndapat satu pegang ia baik-baik dan mencari lagi 2 bahgian berikut. (ini bermaksud tidak perlu semuanya lengkap baru memulakan biz, tapi mualkan dengan apa yang ada). Ramai orang gagal masuk biz kerana mereka menghendaki sesuatu itu sempurna dahulu. Usahawan adalah berbeza mereka mulakan biz dan terus meningkatkan diri mereka, biz mereka dan produk mereka . Itulah yang berlaku seperti munculnya versi windows 2.0 dan kemudianya muncul 3.0 dimana pencipta mengetahui ciptaanya yang pertama tidak sempurna tapi meneruskan jualan dan memperbaiki kekuranagnya dgn ciptaanya yang baru yang lebih sempurna.

No comments:

Post a Comment

Sila komen secara bijak dan sesuai dengan penbahasan topik