Thursday, May 28, 2015

Mahu bebas masalah kewangan, mari baca ini.

Cerita yang bagus bagi individu yang ingin bebas dari masalah kewangan,
Bagaimana hendak praktikan, kena belajar dari yang sudah berjaya.



Antara buku yang disyorkan bagi menjadi ilham kepada semua pembaca untuk menjadi manusia yang berjaya dalam pengurusan kewangan.

Orang selalu anggap bila level seseorang itu tinggi di mata masyarakat pengurusan kewangan nya baik, tetapi siapa tahu setinggi manapun level seseorang tersebut kadang-kadang menghadapi kesulitan kewangan juga. Tidak kiralah dia seorang akauntan, director, engineer, doktor jika tidak mahir dengan pengurusan kewangan, alamat sampai kehari tualah membayar hutang.

Bak kata pepatah untuk menjadi seorang berjaya belajarlah dari orang yang telah berjaya dalam sesuatu bidang tersebut.

Siapakah yang alihkan cheesku ini?????

Wednesday, March 11, 2015

Who Moved My Cheese By Dr Spencer

Cerita  dalam buku ini amat bagus dibaca bagi semua golongan masyarakat. Ceritanya agak santai mengenai 2 ekor tikus dan 2 orang kerdil. Walaupun cerita mengenai tikus tapi ianya amat sesuai di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita dari segi kerjaya, perhubungan, kewangan, harta benda, kebebasan, kesihatan, pengiktirafan, keagaamaan dan sebagainya kerana ia mengambarkan  watak yang berbeza yang ada pada setiap individu.

Ia cerita menganai "cheese" yang membawa pelbagai maksud, terpulang pada individu untuk mendefinasi apakah cheese mereka. Kita kene mengenalpasti apakah "cheese" yang kita inginkan sebagai contoh kehidupan yang bahagia, rumah yang besar, perniagaan yang berjaya, hamba yang pemurah dan sebagainya. Terpulang pada interpretasi individu apakah "cheese" mereka yang boleh mebuatkan mereka bahagia. Jika kita dapat "cheese" tersebut kita rasa bahagia sangat tapi bila "cheese" tersebut hilang atau diambil orang kita akan rasa trauma sangat. Dalam cerita ini cheese bg keemapt-empat watak ini adalah cheese yang sebenar.

"Maze" adalah kawasan / daerah / organisasi dimana kita meluangkan hampir seluruh masa dalam kehidupan kita seharian.

Cerita ini mengisahkan  4 watak yang dimiliki dalam diri kita sendiri digambarkan watak tersebut sebagai
Sniff - merupakan yang peka terhadap perubahan sekeliling,
Scurry - merupakan seorang yang suka bertindak cepat
Hem - yang menafikan dan menolak perubahan kerana takut perubahan akan menjadikan mereka lebih buruk,
Haw - yang belajar menyesuaikan diri terhadap perubahan dan menjadikan keadaan lebih baik

Kisahnya agak simple dan landai Dimana disebuah maze terdapat 2 tikus & 2 orang kerdil yang sedang mencari "cheese" mereka. Mereka mencari "cheese" di maze tersebut dengan kaedah cuba-cuba. Sniff menggunakan  kepekaannya utk mengesan "cheese" manakala Scurry setelah mendapat petunjuk Sniff terus bertindak dgn berlari ke kawasan yang dijangka ada cheese tersebut. Kadang-kadang percubaan mereka menemui kegagalan tapi mereka terus berusaha dan mengingati kawasan yang telah mereka terokai.

Hem & Haw menggunakan akal mereka bagi mencari cheese yang sama dengan kaedah yang berbeza dan complex. Ini kerana bagi mereka, mereka adalah orang istimewa dan mampu berfikir sebelum bertindak.

Sehingga pada suatu hari berjayalah mereka (kempat-empat sahabat ini) menemui "cheese" yang mereka idamkan. Mereka menikmati "cheese" tersebut bersama-sama degnn hati yang gembira.

Maka setiap pagi mereka telah tahu tempat mana yang perlu dituju untuk menikmati "cheese" mereka. Ini telah menjadi rutin harian mereka.

Scurry & sniff walaupun mereka telah tahu kedudukan "cheese" mereka, mereka tetap berusaha setiap pagi menerokai kawasan yang belum diterokai dan sentiasa memerhati perubahan sekeliling sebelum menikmati "cheese" mereka.
Manakala Hem & Haw pula berasa terlalu yakin yang cheese mereka akan ada ditempatnya sepanjang masa kerana bagi mereka, mereka berhak terhadap cheese tersebut. dan mereka berasa angkuh dengan apa yang mereka dah miliki. Sehinggakan mereka makin lewat bangun pagi untuk pergi mendapatkan cheese mereka kerana keyakinan mereka tersebut.

Rutin ini berterusan hingga beberapa lama. sehingga suatu hari ketika scurry & sniff yang sampi dahulu di tempat cheese mereka, mereka dapati cheese sudah tiada, tanpa berlengah dan berfikir panjang, mereka terus memulakan pencarian cheese mereka di maze yang lain, Sniff & scurry sudah menjangka hal ini akan berlaku suatu hari nanti kerana sebelum itu mereka dapati ada perubahan pada cheese mereka dari segi kuantiti yang makin berkurang dan kualiti yang sudah berbeza .

Manakala Hem & Haw yang sampai lewat ke tempat cheese mereka dan sesudah sampai mereka amat terperanjat cheese mereka telah tiada. Hem mula meraung-raung, manakala Haw pula musykil dan mula memikirkan dan menganalisa mana cheese mereka pergi. Hari tersebut berakhir dengan kelaparan dan mereka terus berkeyakinan bahawa esok cheese mereka akan ada semula. Bila esoknya mereka pergi lagi ketempat yang sama perkara yang sama berlaku cheesse mereka tetap tiada. sehinggalah berlarutan beberapa hari. Hem mula mmepertikaikan kenapa cheese mereka tiada, walhal mereka berhak terhadap cheese tersebut.

Pada mulanya Haw juga berfikiran kenapa semua ini terjadi namun setelah lama berfikir Haw mula memikirkan bagaimana unutk mengatasi keadaan ini dan mereka tidak boleh meneruskan hidup begini jika tidak mereka akan malti kelaparan. Bagi Haw mereka perlu pergi mencari cheese mereka ditempat lain dan Haw juga dapati sahabatnya Sniff & Scurry tidak muncul lagi ditempat cheese mereka bersama. Apabila Haw mengajukan soalan untuk mencari cheese ditempat lain, Hem mula menakutkan Haw bagaimana jika tidak jumpa cheese? bagaimana keadaan mereka nanti?

Mula-mula Haw termakan juga kata-kata Hem, namun kadang-kadang beliau mula membayangkan keadaan bila beliau menemui cheese baru dan menikmatinya beliau rasa sudah masanya untuk mencari, sehinggkan pada suatu hari Haw mengajak Hem untuk mencari Hem tetap menolak, Bagi Hem mereka berhak terhadap cheese tersebut dan terus mencari punca kenapa cheese mereka tiada. Walaupun Haw tidak gemar aktiviti mencari semula "cheesenya" di Maze itu, namun sampai satu tahap Haw mula menggelakkan dirinya sendiri mengenagkan kebodohan sendiri yang membiarkan ketakutan menguasai dan melemahkan dirinya. Daripada takut untuk mencari cheese ditempat lain ataukah mati kebeluran yang terbaik. Maka Haw mula mencari cheese yang diidamkan keseorangan dan mula belajar menerima hakikat yang keadaan sudah berubah dan dia juga perlu berubah. Sebelum memulakn perjalanan Haw menulis sesuatu untuk Hem "Jika kita enggan berubah kita akan pupus".

Haw mencari balik cheesenya sebagaimana mereka mula-mula mencari cheese dengan mencuba-cuba di beberapa kawasan dan menandakan kawasan yang telah dicuba sambil meninggalkan nota utk Hem jika Hem berubah fikiran untuk mencari "cheese" baru mereka. Ada masa Haw patah semangat untuk mencari cheese mereka namun apabila terasa amat lemah, Haw membayangkan dirinya yang dipenuhi cheese untuk membangkitkan semangatnya balik. Haw sedar kegagalan sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Haw menggunakan imaginasinya melukis gambaran yang paling mudah diyakini dan realistik bagi membayangkan dia menemui cheese baru tersebut.

Haw menulis lagi "Apa kita akan buat jika kitak Berasa Takut" . Kadang-kadang takut itu bagus kerana akan menyebabkan kita bertindak kerana risau keadaan jadi bertambah buruk. Namun perasaan takut menjadi tidak bagus jika menghalang kita dari bertindak. Haw sedar jika dari awal dia berubah perjalanan nya mungkin lebih baik. dia berharap jika ada peluang lain di masa hadapan dia akan segera keluar dari zon selesa dan menerima perubahan lebih awal. hal ini dapat menjadikan hidup lebih mudah. kemudian Haw tersenyum lagi" lebih baik terlewat derbanding langsung tiada tindakan".

Sambil mencari Haw semakin memikirkan kembali, dia sedar keadaan cheese yang sebelum ini semakin berkurangan dan sudah berbau, dia mengakui sekiranya dia mahu dia dapat menduga perkara yang berlaku ini lebih awal. Tetapi dia enggan. Haw makin sedar jika dia memerhatikan perubahan ini, dia mungkin tidak terkejut apabila cheesenya sudah tiada, inilah yang dia rasa sahabatnya sniff & scurry buat selama ini, iaitu terus bekerja dan memerhati sekeliling walaupun sudah ada rezeki didepan mata. Haw membuat keputusan untuk lepih peka dari sekarang. Dia menjadi lebih bersedia menghadapi perubahan dan menantikan ia terjadi dan akan mempercayai gerak hatinya dan bersiap sedia untuk adaptasi.

Haw mula mempercayai bahawa perubahan adalah perkara semulajadi untuk survive, samaada kita dapat menjangkakannya ataupun tidak. Haw mula menukar kepercayaannya dimana kepercayaan yang lama tidak akan membawa kamu untuk mendapat cheese yang baru. Haw mula percayai, kepercayaannya yang baru ini membawa kepada perubahan peribadi yang baru. Dia percaya bila kita berubah apa yang kita percayai selama ini, akan membawa kepada perubahan terhadap apa yang kita akan buat. Kita boleh pilih samaada peruabhan memabwa kepada keburukan dan menolak perubahan tersbut atau carilah perubahan yang baru yang akan membautkan kamu berasa lebih semangat dan teruja. Haw juga mendapati jika kita perasan perubahan yang kecil pada peringkat permulaan ia boleh membantu kita dalam menghadapi perubahan akan datang yang lebih besar.

Haw terus mencari dengan lebih semangat dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan mulai melupakan perkara yang lepas-lepas. Akhirnya Haw bertemu juga dengan tempat yang baru penuh dengan cheese di station cheese N. Apabila dia masuk dia mendapati cheese ditempat baru ini lebih hebat dan lebih pelbagai jenis cheese. Dia cuba memerhati sekeliling adakah ia benar atau imaginasi sampailah akhirnya dia terlihat kawanya sniff & scurry yang kelihatan lebih sihat dari sebleum ini. Sniff & scurry megalkan kedatagan Haw, dan Haw mendapati saiz mereka agak berisi sedikit yang menunjukkan mereka telah berada disitu beberapa hari sebelumnya.

Haw menikmati cheese tersebut sambil menjerit hooraay terhadap perubahan. Haw mula realise pelbagai perkara
1. apabila kita takut menerima perubahan bermakna kita bergantung pada ilusi bahawa cheese lama sudah tiada
2. Apakah yang membuat kita berubah? adakah kerana takut menghadapi perubahan?
Haw tersenyum dan memikirkan apa yang ia fikirkan membantu dia utnuk berubah.
Kemudian Haw tertawa dan tersedar yang dia mula berubah sebaik sahaja dia mula mentertawakan dirinya kerana mengambil tindakan yang salah. Dia mendapati cara terpantas untuk berubah ialah mentertawakan kebodohan sendiri. kemudian kita akan merasa bebas dan meneruskan hidup.

Haw percaya dia mula pelajari sesuatu yang berguna dari kawannya tentang perubahan.
1. Sniff & scuryy memilih gaya hidup yang mudah. Mereka tidak sibuk menganalisa dan merumitkan keadaan. Apabila situasi berubah mereka perlu berubah mengikut perubahan tersebut. Apabila keju sudah tiada cari jerlah keju lain tidak perlu tunggu dan memikirkan kenapa ia berlaku.

Haw menggunakan ktangkasan akal manusianya bagi mengahadapi situasi ini dengan lebih motivasi, lebih realistik untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.

Haw mengakui kesilapannya yang lepas dan mula merancang untuk masa hadapan.  Dia percaya kita boleh belajar cara mengurus perubahan. Kita akan menjadi lebih sensitif terhadap keperluan memudahkan kehidupan kita, menjadi lebih fleksible dan bergerak pantas.

Kita tidak perlu merumitkan keadaan secara berlebihan ataupun mengelirukan diri sendiri dengan kepercayaan yang menakutkan.

Perhatikan perubahan kecil yang muncul supaya kita dapat bersedia menghadapi perubahan yang lebih besar.

Haw mengakui dia perlu berubah dengan lebih cepat jika tidak lebih baik langsung tidak beradaptasi.

Dia juga mengaku penghalang terbesar kepada perubahan adalah diri sendiri. Kita perlu menyederi bahawa rezeki / keju selalu berada diluar sana, samaada kita menyedari atau tidak. Bila kita mampu melepasi perasaan takut dan bergembira dengan pengembaraan yang kita bakal lalui kita akan mendapat ganjaranya.

Haw tahu perasaan takut perlu ada dalam diri sendiri tetapi adakalanya perasaan takut tersebut tidak maskuk akal malah menyekat kita dari berubah untuk menjadi lebih baik.

Walaupun pada mulanya Haw juga tidak menyukai perubahan namun dia mendapati perubahan ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. dengan perubahan dia menemui sebahgaian daripada dirinya yang lebih baik.

Ketika Haw merenung kembali pengajaran yang dia perolehi, dia teringat kembali kepada rakan karibnya Hem, apakah beliu sudah membaca kata-katanya yang ditulis di dinding sepanjang pencarian keju baru tersebit. Adakah Hem sudah memulakan langkah untuk meneruskan kehidupan dan berhenti mengharap pada keju lama akan muncul kembali? ataupun adakah Hem masih hidup terbelengu kerana dia enggan berubah?

Haw ada terfikir untuk kembali ke tempat lama dimana dia meninggalkan kawannya Hem dan menunjukkan ajaln keluar, tetapi Haw menyedari dia pernah cuba mengajak Hem berubah sekarang bergantung pada dirinya sendiri untuk mengambil inisiatif untuk keluar dari zon selesa dan mengatasi rasa takut. Tiada siapa yang mampu mengubah dia, dia perlu melihat sendiri kebaikan menerima perubahan.

Pengajaran yang Haw dapat:

1. Perubahan sentiasa berlaku. Perubahan menyebabkan keju beralih
2. Menjangka perubahan berlaku. Bersedia apabila keju beralih.
3. Memantau perubahan. Jika kita menghidu keju kita tahu bila keju terbeut rosak (kualiti keju berubahdari semasa kesemasa)
4. Beradaptasi dengan perubahan secepatnya ( Semakin kita cepat melepaskan keju lama semakin cepat kita menemui keju baru) Semakin cepat kita lupakan kesenangan yang sementara semakin cepat kita bertindak untuk mencari penggantinya)
5. Beruah. Beralih seiring dengan keju. Beralih seiring dengan kemajuan
6. Menikmati perubahan. Menikmati proses perubahan dan merasai keju baru. Menikmati pengalaman baru.
7. Bersedia untuk berubah secepatnya dan menikmati perubahan tanpa henti. Perubahan menyebabkan keju beralih.

Haw menyedari sekarang ini dia jauh berubah berbanding semasa berada di tempat lama. Namun dia cuba untuk berada terlalu selesa dengan apa yang dimilikinya sekarang ini, dia perlu memerhati sekeliling tempat baru itu bagi mengenalpasti perubahan kecil yang berlaku sebelum berlakunya perubahan yang lebih besar. Dia sanggup melakukan apa sahaja daripada dikejutkan oleh perubahan yang tidak dijangka.

Dari kisah 2 watak ini mari kita menganalisa apakah watak yang kita bawa. Cerita seterusnya adalah perbincangan Michel dengan rakan sekolah nya setelah mengamati cerita diatas, masing-masing terpikir watak apakah yang mereka bawa.

Angela melontar pertanyaan secara berseloroh. Jadi awak pegang watak apa dalam cerita itu? Sniff, scurry, Hem atau Haw?

Carlos menjawab: saya bukan Sniff kerana saya tidak dapat mengesan situasi sebenar lebih awaldan tidak dapat melihat perubahan lebih awal, saya jiga bkan Sniff yang segera bertindak. Saya seperti Hem yang mahu kekal dalam keadaaan yang sudah biasa tersebut. malah saya tidak mahu lihat perubahan.

Michel bertanya: Apakah yang kamu sedang bincangkna?

Carlos menjawab: PErubahan kerja yang tidak disangka.

Michel tertawa: Kamu dibuang kerja?

Carlos: Sya agak keberatan untuk emncari keju baru. Saya rasa tiada sebab menagapa perubahan perlu berlaku kepada saya. Jadi saya memang berasa susah hati ketika itu.

Setelah mendenagr luahan Carlos, ramai yg telah rasa lebih selesa.

Frank berkata, Kem mengingat dia pada seorang kawanya di jabatan lama. Jabatan itu ditutup tapi dia enggan menerima kenyataan itu. Mereka memindahkan staff. Mereka cuba memberitahunya peluang bekerja dalam syariakt bagi mereka yang mahu bekerjasecara fleksible. Kini dia menghadapi saat yang sukar bila jabatanya ditutup bagi menyesuaikan diri terhadap perubahan yang di anggap tidak sepatuutnya berlaku.

Jesica bertambha: saya rusa merasa perubhana tidak sepatutnya berlaku terhadap saya, tetapi keju saya sudah beralih berkali-kali terutama dalam kehidupan peribadai saya.

Mereka semua ketawa kecuali Nathan.

Nathan berkata: Mungkin itulah hakikatnya perubhana berlaku pada kita semua. Bagus kiranya keluarga saya mendenagr kisah keju ini dahulu. Kami sebenarnya tidak mahu menrima perubahan dalam bisnes kami sekarang sudah terlambat kerana kami terpaksa menutup banyak cawangan.

Semua terkejut mereka ingat Nathan yang paling bernasib baik kerana terlibat dalam bisnes yang maju..

Jesica bertanya: Apa yang belaku?

Natahn bertambah: Rangkaian kedai kecil milik kami ketinggalan zaman apabila gedung besar dibuka dengan menawarkan harga yang lebih murah, banyak pilihan . Kami tidak dapat bersaing.
Saya nampak jelas kami seperti HEm yang duduk diam dna enggan berubah. kami cuba tidak emmpeduliakn semua yang berlaku da akibatnya kami menghadapi masalah.  Ada banyak pengajaran yang mungkin akmi dapat kutip dari Haw, tapi kami tidak dapt mentertawakan diri kami dan mengubah perkara yg kami lakukan.

LAura bertambah: berapa orang disini yang takut menerima perubahan?
Hanya seorang yang jujur mengaku.
Laura bertanya lagi: Berapa orang disini merasa orang lain takut menerima perubahan?
Kemudian semua angkat tangan.
Apakah yg kita lihat disini? Nathan menjawa: penafian.
Michel mengaku: benar kadangkala kita tidak sedar yang ktia takut. saya tahu saya tidak sedar. Ketiak mendenag kisah ini saya menyukai persoalan "Apakah yang akan kita buat sekiranya kita tidak takut?"






Thursday, March 5, 2015

Roda Kehiduapn Siri 2

Kisah kehidupan yang sebenar, sebagai pengajaran dan pelajaran bagi diri ini. Keselesaan kehidupan dulu berakhir dengan satu perkara yang tidak dijangka. Tapi aku yakin ini adalah ketetapan Allah siapkan untuk diri ini bagi muhasab diri dan diberi peluang untuk memperbaiki diri ini bagi menjadi hambanya yang soleh. 

Dugaan ini amat perit, memang terasa berat bahu memikul, tapi apakan daya kehidupan mesti diteruskan. Bermulalah epilog kisah duka. Dalam pelajaran memang menjadi pelajar yang terbaik, dapat menghabiskan pelajaran di peringkat yang tertinggi dalam masa yang singkat. Tapi malang, dalam mencari ilmu dunia, kealpaan dalam memenuhi keperluan hati nurani tidak dipenuhi. Inilah kesilapan besar yang berlaku pada diri ini. 

Roda kehidupan

Kehidupan umpama roda adalah satu perumapaan hidup yang sebenar. Ada masa kita naik, ada masa kita turun. Maka terpulang lah pada kita bagaimana hendak membentuk roda tersebut. Jika kita membentuk roda itu besar maka lambatlah makan masa kita akan turun, tetapi jika kita tidak membentuknya, maka roda tersebut tidak membesar maka cepatlah kita turun. 

Begitu juga dalam kehidupan, setiap yang berjaya pasti pernah marasa kegagalan. Bagaimana kita hendak motivasikan diri kita bagi mengatasi kegagalan itu adalah satu cabaran yang besar dan memerlukan semangat yang kuat. Tapi kita seringkali kalah pada semangat yang kuat kerana kita kerap jatuh, dan jatuh dan jatuh, sehingga tidak mampu berdaya bertahan lagi. 

Dengan itu bagi mengembalikan kekuatan semangat spiritual kita maka hendaklah kembali pada jalan RabNya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Dijadikan kehidupan ini sementara, Allah hendak menguji kita sejauh mana kita berharap padaNya. 


Tuesday, February 24, 2015

PERMULAAN SEBUAH PENULISAN

As salam semua, 

Ini adalah pertama kali keinginan bagi membuat blog sendiri. Bukan untuk menayangkan hal peribadi tapi hanyalah nukilan hidup yang ingin disimpan dan dibaca di kemudian hari. Buat kenangan sepanjang tempoh yang diberikan Allah bagi membesarkan anak yang kini mencecah 3 tahun dan 2 tahun dan yang bakap lahir insyaallah selepas raya 2015.
Diharap sepanjang percubaan untuk berkarya ini diberkati Allah dan menjadi reminder kepada diri sendiri andai tersesat di kemudian hari kelak (nauzubillah). 

Rasa macam excited bagi penulisan pertama & permulaan ini, semoga dipermudahkan dan diberikan ilham untuk berkarya insyaallah.